Saturday, November 28, 2009

8. PENGENALAN TRANSFER FACTOR



Bagi manusia, TF diperolehi daripada sistem imun yang lebih berpengalaman milik si ibu dihantar kepada bayinya melalui kolostrum (susu pertama yang diterima oleh si anak sejurus sahaja selepas dilahirkan). Kolostrum dilengkapi dengan seangkatan komponen yang diberikan kepada anak yang baru lahir. Dengan berbuat demikian, sistem imun bayi yang baru lahir tersebut mempunyai kelebihan sistem yang lebih berpengalaman terhadap berjuta-juta penceroboh (bakteria , virus, miroorganisma, kuman dan lain-lain antigen) yang berpotensi mengganggu badan bayi. Di samping itu, pembimbing imun yang datang dari kolostrum ibu melatih sel imun bayi, oleh itu ia boleh memulakan pertahanan imunnya di masa hadapan dengan sendirinya.

Kolostrum bukan hanya setakat cecair berkhasiat. Melalui kolostrum, bayi mewarisi data imun si ibu. Kolostrum mengandungi antibodi dan melaluinya, alam semulajadi telah menyediakan cara yang menakjubkan yang dapat dimanfaatkan oleh sistem imun bayi, kepada sistem yang lebih lama yang telah pun melawan beribu-ribu jenis jangkitan melawan organisma berjangkit yang dibuat oleh ibu. Ingatan imun ini kemudiannya dikodkan pada molekul ingatan yang kecil dipanggil Transfer factor (TF).

TF, adalah struktur molekul kecil yang ditegaskan dalam bahagian kolostrum susu ibu yang paling berharga yang dipindahkan kepada bayi untuk mendapat perlindungan dan pengukuhan untuk melawan jangkitan penyakit. Fungsi TF adalah mengenal pasti, bergerak balas dan kemudian mengingat.

Melalui faktor yang kecil ini, kita sebenarnya boleh meminjam ingatan imun daripada sumber yang serasi iaitu lembu yang telah mempunyai pengalaman dengan beratus-ratus jenis organisma berjangkit, maka apabila kita menemui mana-mana organisma ini yang tidak dapat kita lakukan setiap hari, kita mempunyai kelebihan imun yang sukar dipercayai. Daya imun kita melangkau tahap pengenalpastian dan pengecaman yang mana pada ketika inilah kita biasanya jatuh sakit dan terus ke mod serangan atau tahap pertahanan sekunder kita.





Kemampuan untuk mengasingkan TF daripada kolostrum lembu menghasilkan produk yang unggul kerana Tf yang diekstrak daripada kolostrum lembu boleh memberi kita kelebihan yang sama yang diperoleh oleh anak yang baru lahir daripada susu pertama ibunya.

Kebolehan menerima data imun yang dipindahkan daripada lembu kepada manusia mempunyai potensi untuk merevolusikan cara kita melihat pencegahan penyakit dalam perubatan.

No comments:

Post a Comment