Saturday, November 28, 2009

7. TRANSFER FACTOR (Bahasa)



Transfer factor ialah molekul semula jadi mikroskopik yang berada dalam jasad semua haiwan. Ia adalah pengutus, menghantar maklumat imuniti tentang kehadiran suatu ancaman imun—sama ada luaran atau dalaman—dan cara untuk bertindak dengan betul, dari satu sel imun ke sel imun yang lain.

Transfer factor dihasilkan oleh limfosit yang mempunyai fungsi imuniti berperantara sel. Ia membawa imuniti berperantara sel limfosit induk yang khusus antigen (hipersensitiviti jenis lambatan) untuk limfosit tidak peka, atau naif. Ia juga boleh meningkatkan aktiviti perangsangan imuniti yang tidak khusus antigen pada limfosit penerima.

Transfer factor memindahkan maklumat imuniti—pengecaman patogen dan gerak balas imun yang tepat—dengan faktor pencetus, penindas dan khusus antigen.

* Faktor pencetus membenarkan transfer factor membantu gerak balas imun suaian terhadap jangkitan virus, parasit, malignansi, penyakit bakteria dan mikobakteria, jangkitan kulat, gangguan autoimun dan penyakit neurologi. Faktor ini boleh memindahkan suatu gerak balas imun dalam masa kurang daripada 24 jam dan dengan nyata mengurangkan atau menghapuskan simptom sesuatu penyakit.

* Faktor penindas mengawal sistem imun daripada gerak balas lampau, seperti terhadap debunga dan jasad asing yang lain, termasuklah dirinya sendiri iaitu dalam kes gangguan autoimun.

* Faktor khusus antigen membawa teg kritikal yang digunakan oleh sistem imun untuk mengenal pasti mikrob dan sel.

Transfer factor juga boleh didapati dalam sistem imun yang paling primitif. Faktor pencetus dan penindas bagi transfer factor bersifat universal dan boleh memindahkan imuniti merentasi halangan spesies. Justeru itu, transfer factor daripada lembu boleh memberikan imuniti kepada manusia. Faktor yang khusus antigen boleh memindahkan imuniti di antara spesies apabila berlakunya pindah silang di antara patogen yang khusus antigen, seperti cacar dan penyakit cacar lembu, E.coli, dan lain-lain.

1 comment:

  1. We stumbled over here from a different web page and thought I might check things out.
    cara pemesanan cordyceps plus capsule We’ve always promised to protect the things that are the most important to them: their assets, their peace of mind and even their dreams, La sélection alternative de la semaine #23″ : en français, le symbole pour « numéro » est « N° ». Pourquoi ne pas l’utiliser, au lieu du croisillon anglosaxon ?
    C’est trop moche ? we i me andriana

    ReplyDelete